Atiq punya kerja

Assalamualaikum...
atually ni karya yg ak anta kat memento..tp x tau la..daddy ak(ckg zul) trime ke x..
so..klu kuar kat memento..korang bce je la lg skali ek..klu x...yg bkak blog ni je la yg dpt bce...tp hope kuar memento laa..insyaALLAH...Sorry r klu dah lapuk..coz ak wat ni dah lme daa...awl taun lpas...hehe..so..layannn!!!

2019…lewat musim luruh..Venice-Italy…
Aku berjalan di sekitar sungai di bandar Venice. Lalu duduk di sebuah bangku di situ. Buku nota aku keluarkan dari beg sandang. Tiba-tiba ada sesuatu yang terjatuh ke tanah. Gambar rupanya. Gambar batch Excell 9 yang diambil di Kalang Cekal. Semua ada di dalam gambar tersebut. Argh…! Kenangan itu datang lagi. Rindunya pada mereka semua. Apa khabar agaknya mereka semua sekarang ? Lantas memori itu terungkai sekali
lagi. Bermain-main jelas di depan mataku. Satu-satu persatu wajah mereka menerpa fikiranku…

Syarawi Muhammad Husni, ketua batchku kini bekerja sebagai pengurus di hospital miliknya sendiri yang bercirikan kecanggihan perubatan dalam Islam yang turut bersambung dengan sebuah hotel yang juga miliknya di ibu kota negara. Wardah Sakinah Penolong Ketua batchku pula sedang dalam proses untuk memperbesar cawangan hospitalnya di Madinah. Manakala Zafir telah pun menjadi Pengurus sebuah Syarikat Perkapalan yang diberi nama Ruby Red. Faza atau Awin kini mempunyai café dan butiknya sendiri di Italy dan Paris. Namun dia jarang berada di Italy. Jadi , aku masih belum menemuinya lagi di Italy. Sharifah Musliha Almatar kini menjadi arkitek jemputan bagi projek untuk memperbesar Masjid Nabawi di Madinah dan dia juga sedang dalam usaha untuk membina Firma Arkiteknya di Edinburgh. Manakala Hamzah baru sahaja dinaikkan pangkat menjadi Ketua Jurutera di Pusat Kejuruteraan Dunia yang berpusat di Tokyo, Jepun. Pemain ragbi yang bernama Megat Hadzwan Nafis telah pun dinobatkan sebagai usahawan minyak paling berjaya dan menduduki tangga kesepuluh dalam ranking orang terkaya di dunia. Hebat sungguh majlis-majlis tertinggi batchku.
Irhamni Rahman katanya sudah kurus. Dialah Ketua Pelajarku dahulu. Kini beliau menjadi duta Malaysia di China. Almaklumlah, kehebatan dan kefasihannya bertutur dalam bahasa Mandarin tidak harus dibiarkan berhabuk begitu sahaja. Si kecil molek Nur Nabila yang kini menjawat jawatan Ketua Perunding Undang-undang Negara telah pun terpilih mewakili Malaysia dalam Persidangan Undang-undang Dunia yang berlangsung di Amerika Syarikat. Manakala Muhammad Zahiruddin kini sedang mengkaji vaksin terbaru bagi memulihkan masalah patah tulang bahu di New Zealand. Kajian ini dilakukan bagi membantu masalah patah tulang bahu yang dihadapi oleh pemain ragbi di New Zealand. Siti Aishah pula kini bertugas di Queen Elizabeth Hospital sebagai Pakar Neurologi di sana. Dia sangat merindui Malaysia dan akan pulang tidak lama lagi dan mungkin akan berkhidmat di hospital milik Syarawi. Ikmal Hakim kini telah pun menjadi Ketua Kewangan di Bank Negara dan jika ada waktu lapang, dia akan turun untuk melatih pasukan ragbi kebangsaan bagi menyertai Sukan Olimpik. Hanina Zulaikha yang dahulunya ketua asrama pula kini menjadi pensyarah di Universiti Oxford dan kadang kala bertindak sebagai penceramah bebas di London. Manakala Muhammad Hafizi dan Siti Nabilah, masing-masing bekerja sebagai Ketua Dekan dan Penolong Ketua Dekan bagi Fakulti Bahasa Arab dan Agama Islam di Universiti Al Azhar, Mesir.
Izzat Roslan dan Sirvishahlee sedang menjalankan perniagaan produk buatan Malaysia di Jerman. Saham perniagaan mereka berada di puncak bursa saham di Jerman. Taqiyuddin dan Abdul Hadi masing-masing telah pun menjadi Pensyarah Al Quran dan As Sunnah di Universiti di Istanbul, Turki dan turut membukukan sejarah kerajaan Turki Uthmaniyyah dan buku itu telah mengalahkan rekod pasaran buku Harry Potter di seluruh dunia. Adibah dan Siti Nabilah Jalal pula kini menjadi Pakar Usus dan Perut di Hospital di Australia dan dijangka pulang ke tanah air dua tahun akan datang. Sesuai dengan namanya, Razi dan Idham kini menjadi pakar perubatan Islam di Iran dan mempunyai sebuah banglo empat tingkat di tepi Laut Mediterranean yang dikongsi bersama. Nena Sakinah dan Siti Zulaikha Saian kini sama-sama menjadi Ketua di Syarikat Aeroangkasa di Russia dan bakal ke ISS tidak lama lagi bagi mengkaji wabak penyakit ZZMNAEUMOPIH999 yang melanda negara Rusia. Assyuhada dan Hidayati masing-masing menjadi pakar perunding makanan Islam di Korea dan resipi terbaru mereka telah pun dibukukan dan diterjemah ke dalam 23 bahasa di seluruh dunia. Deena dan Nabilah atau Bell kini sedang aktif mengusahakan Syarikat Robot yang dibangunkan oleh mereka di Fukuoka, Jepun. Najmul dan Siti Noor Liyana pula telah menjadi arkitek yang mendapat bayaran termahal di dunia setakat ini, dan mereka sedang dalam proses menghasilkan siri terakhir komik hasil nukilan mereka bersama dan komik itu mungkin akan diterbitkan sebagai drama. Iman dan Qayyum pula giat menguruskan Syarikat Alat-alat Sukan bersama dan mereka juga sedang menjalani latihan bagi acara 100 meter di Amerika Syarikat untuk Sukan Olimpik nanti. Aiman si budak pandai pula kini telah pun menjadi doktor peribadi kepada Perdana Menteri Malaysia dan baru sahaja membuka hospital cawangan baru di Perak. Sobirin , Azwan Asyraf dan Azlyana pula aktif menerbitkan teater dan drama hingga ke peringkat antarabangsa. Mudzaffar dan Hasfanizam kini bekerjasama bagi membina lebuh raya baru bagi menghubungkan negeri Kedah dengan negeri Kelantan yang hanya mengambil masa perjalanan tidak sampai empat jam tanpa tol dan lebuhraya tersebut bebas daripada sebarang bayaran cukai. Faiz Baharun pula menerajui Syarikat Coklat miliknya di Langkawi dan menembusi pasaran dunia mengalahkan coklat Cadbury dan jenema-jenama lain di dunia. Faiz juga merupakan calon termuda bagi merebut jawatan Datuk Bandar Langkawi. Kamal dan Hasif pula sama-sama membangunkan sebuah Syarikat Kejuruteraan Kimia di Alor Setar sambil melatih pasukan dikir barat negeri Kedah untuk ke Pertandingan Dikir Barat Dunia yang akan berlangsung di Royal Albert Hall, London tidak lama lagi. Wasiq dan Badrul pula kini sedang dalam proses bagi melancarkan jet pejuang pertama mereka yang dirasmikan oleh Pengerusi PBB baru-baru ini. Jet pejuang itu bernilai hampir 5 trilion ringgit. Syafiq Junaidi dan Syafiq Daniel pula telah pun melancarkan kereta pertama ciptaan mereka yang diberi nama SyafiqDuo dan mula dipasarkan ke seluruh dunia. Hafi pula kini menjadi Penganalisis Ekonomi dan Ketua Akauntan di Kementerian Kewangan Malaysia dan telah ditawarkan untuk menjadi Pengetua di Akademik Nasyid. Akmaluddin dan Termizi yang dahulunya menjadi Ketua Bahagian Artifak Sejarah di Arkib Negara kini berpindah ke Muzium Arkeologi di Canberra. Abdul Shahiir dan Syahir Syahrom kini mengusahakan Syarikat Penerbangan yang diberi nama Sapphire Sky Airlines yang berpusat di Amsterdam, Belanda yang pernah membawa Perdana Menteri Belanda bersiar-siar di sekitar Eropah. Anis Amira dan Aimi pula sedang mengusahakan Syarikat Perusahan Permainan terutamanya Chess dan Permainan Minda hasil kemahiran mereka sabagai pemain catur dan pembimbing rakan sebaya dahulu. Mereka juga mempunyai sebuah ladang anggur di Florida, Amerika Syarikat. Farah Zayanah dan Hafizah pula mengusahakan Syarikat Aksesori Wanita di Kota Fesyen Dunia iaitu di Paris yang mampu menyaingi produk keluaran Louis Vuitton. Malah ramai selebriti Barat yang merayu untuk menjadi duta dan model bagi produk keluaran mereka. Azida dan Shahieda pula kini membuka francais makanan ringan yang halal dan bersih di seluruh dunia dan syarikat besarnya terletak di Limbang, Sarawak dan Guar Cempedak, Kedah. Amiera dan Syahidah pula sama-sama mengusahakan sebuah ladang oren di Pulau Jeju, Korea dan syarikat mereka menjadi Pengeluar Jus Oren Segar terbesar di Asia. Asmalinda dan Mudrikah pula kini telah berjaya membangunkan sebuah universiti bertaraf dunia di ibu negara yang setanding dengan Universiti Oxford dan Universiti Al- Azhar. Nadia dan Hanim pula sama-sama mengusahakan Syarikat tekstil di Canada dan Italy malah tekstil mereka mendapat tempahan keluarga diraja England dan Denmark.
Aqilah Razali si kecil molek itu kini mengusahakan sebuah Agensi Pelancongan Islam di Pulau Bali, Indonesia dan di Pulau Phuket, Thailand. Hannis si pembahas sekolah yang sibuk dengan kerjayanya sebagai Pakar Neurologi di hospital miliknya sendiri sudah pun dilantik sebagai Senator Dewan Negara. Afiq dan Wafiuddin pula sedang mengusahakan Syarikat Penerbitan Kartun dan Manga di Jepun dan saham syarikat mereka menduduki tangga teratas dalam bursa saham dunia. Syafiqah Sofea dan Ain Ali kini menjawat jawatan sebagai Penasihat Tertinggi di Jabatan Perlindungan Hidupan Marin Dunia yang berpusat di Kanada dan dijangka membina sebuah Taman Dunia Hidupan Laut di perairan Malaysia kelak. Siti Hajar dan Ezni Syazira pula kini mengusahakan cawangan Hotel Topaz milik mereka yang terdapat di Pulau Miami dan di Pulau Caribbean. Hotel mereka kedua-duanya bertaraf sepuluh bintang. Sharifah Zalikha pula kini sedang mempromosikan minyak wangi terbaru keluaran syarikat miliknya sendiri di Finland dan minyak wanginya menjadi tumpuan selebriti-selebriti di Hollywood. Che Norfatin dan Fariha pula sama-sama mengusahakan Syarikat Produk Tenusu yang halal di New Zealand dan menjadi pembekal susu segar kepada White House di Amerika Syarikat. Siti Amira dan Aeishah Khidir pula menghasilkan jenama barangan cenderahati dan aksesori perhiasan mereka sendiri dan dipasarkan ke seluruh dunia dan salah satu aksesori rekaan mereka menjadi peragaan Maharani Jepun. Wan Aishah mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang doktor pakar jantung dan kini bertugas di Ireland. Dia telah berjaya membedah seorang kanak-kanak Somalia yang menghadapi komplikasi jantung sejak lahir. Kini kanak-kanak itu telah pun menjalani kehidupan yang normal. Nurul Hanis Jamaluddin pula bergiat aktif dalam bidang Perniagaan dan telah membuka hampir enam cawangan Produk Kecantikan dan Penjagaan Diri Wanita di seluruh dunia. Produk itu diberi nama ‘Beatiful Woman.’ Farhana Ayuni yang pernah duduk sekamar denganku kini telah pun mempunyai rangkaian perkhidmatan catering di Arab Saudi dan di Qatar.

Husnina rakan sekelasku sewaktu di tingkatan lima kini telah pun menjawat jawatan Ketua Bahagian Pemasaran di Syarikat Automotif Ferrari di Jerman dan merupakan sahabat baik kepada Michael Schumacher. Ilyani pula menjadi Pengurus kepada sebuah kumpulan marhaban yang akan membuat ‘road tour’ di seluruh negara Eropah termasuk di Italy. Dapatlah aku bertemu dengannya nanti. Hafiz Affandy dan Iqbal Hafifi kini sama-sama menjadi Arkitek dan Ketua Perancang untuk model kapal-kapal keluarga diraja di seluruh dunia. Feroz dan Lutfi pula menjadi pereka produk dan jersi untuk pasukan bola keranjang di seluruh dunia. Mereka juga dijangka akan membuat lakaran model bangunan Stadium Bola Keranjang Utama Dunia di Amerika Syarikat. Ikhwan atau mafia pula kini mengusahakan sebuah Syarikat Perindustrian Petroleum di Sudan dan di Iraq. Dian Fitria dan Syakirah pula kini mengusahakan sebuah Syarikat Perunding Perkahwinan Diraja dan Bangsawan di seluruh dunia dan syarikat besar mereka berpusat di Swithzerland dan di Republic Czech. Baju pengantin merekalah nanti yang paling hebat sekali di dunia. Wazien pula telah pun mempunyai sebuah Syarikat Software Komputer rekaannya sendiri dan dan dia merupakan Pereka Grafik yang mendapat tawaran dan bayaran termahal di dunia. Takhlis yang merupakan graduan Universiti Tokyo dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa telah pun menjadi Ketua Jurutera di Pusat Kawalan Satelit Bumi di Rusia dan hanya pulang ke Malaysia pada musim sejuk. Dialah yang akan membantu Zulaikha Saian dan Nena Sakinah dalam persediaan untuk ke ISS nanti. Firdaus si tinggi lampai itu pula telah menjadi Ketua Juruterbang bagi Emerald Airline yang berpusat di Denmark. Ingat lagi dengan Kapten Hijau Zamrud? Nuruddin kini sudah pun mempunyai Syarikat Penyelidikan Hasil Pertanian dan Bioteknologi di California, Amerika Syarikat. Dia lebih gemar mengkomersialkan tanaman kurma di sana setelah dia berjaya membuktikan bahawa kurma boleh di tanam di Amerika Syarikat. Manakala penolongnya dahulu iaitu Jazleen kini menjadi Ahli Farmasi yang berjaya dan mula mencipta nama di peringkat global serta mempunyai beberapa cawangan farmasi di Brazil dan di Afrika Selatan. Tanya sahajalah apa-apa tentang pil dan ubat, Aleen pasti tahu segala-galanya. Kapten Biru Nilamku iaitu Ahmad Shahir kini merupakan Pengarah di sebuah Syarikat Pelancongan yang diberi nama Sapphire World Travel Holdings. Bolehlah aku mengelilingi dunia selepas ini! Ahli rumah Biru Nilam pasti akan mendapat ‘discount!’ Penolong Kapten Biru NIlam kesayanganku dahulu iaitu Sharifah Nurfarhana kini telah pun menjadi CEO Syarikat Gamat milik keluarganya. Nasrul Aizuddin kini mempunyai rangkaian perniagaan Kereta Lumba Formula Satu dan bakal membina sebuah litar yang akan diberi nama Topaz Circuit di USA. Imran pula telah menghasilkan jenama komputer ribanya sendiri dan jenama keluarannya telah pun menduduki ranking pertama terbaik di dunia. Bekas olahragawan sekolahku dahulu, Ansaruddin kini menjadi jurulatih atlet negara dan bakal mengetuai kontinjen negara ke Sukan Olimpik. Izzati Abdul Rahim kini bergelar Penceramah Agama Bebas di samping kerjaya tetapnya sebagai Pensyarah Syariah Islamiah di Universiti Iskandariah, Mesir. Faiz Zakaria pula merupakan lulusan Universiti Hiroshima, Jepun dalam Jurusan Kejuruteraan Elektronik dan kini mengusahakan Syarikat Peralatan Elektronik di Ginza, Jepun. Ainnur pula telah pun menjadi arkitek yang bakal menyiapkan model sebuah menara tertinggi di dunia yang akan menjadi Firma Arkiteknya dalam masa terdekat ini. Adila Mislan pula telah pun mempunyai Syarikat Penghasilan Cip Teknologi Pico yang akan digunakan oleh seluruh sistem ICT di dunia ini tidak lama lagi dan dia juga mempunyai sebuah Syarikat Pengeluar iPod Pico.
Nabilah Yunus pula telah menjadi Pensyarah Matematik dan Fizik di Universiti Seoul dan telah meghasilkan buku EasyMath yang dipasarkan ke seluruh dunia. Bertambah-tambahlah minatnya terhadap drama Korea nanti. Khairi pula telah menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara Jepun dan dia juga telah membangunkan sebuah petempatan rakyat Malaysia yang moden di Osaka, Jepun. Kejap lagi dapatlah tittle ‘Datuk.’ Haikal yang turut menetap di Jepun kini menjadi pereka model Shinkansen terbaru dan model paling canggih akan diaplikasikan dan dibina di Bandaraya Kuala Lumpur di Malaysia. Nazirul dan Wafi pula mengusahakan sebuah Syarikat Muzik bersama-sama dan bakal membuat persembahan di hadapan keluarga diraja Denmark dalam masa terdekat ini. Syafiq Zainal Abidin pula mempunyai sebuah Syarikat ICT di Amerika Syarikat. Asyseera, Balqish dan Nazirah pula bekerjasama dalam membangunkan Syarikat Kejuruteraan Penerbangan dan kadang –kala mereka terpaksa menjadi pramugari untuk memeriksa tahap kestabilan sesebuah kapal terbang dan mereka sering bertemu dengan Firdaus dalam penerbangan. Syafawani atau
Wani pula telah membuka cawangan Restoran Masakan Melayu di London, Hong Kong, Seoul, Tokyo, New York dan Las Vegas. Ain Izwani dan Hazirah pula telah membuka Syarikat Kejuruteraan Komputer dan mereka telah pun menemui satu virus yang mampu menggodam semua sistem komputer di seluruh dunia dan mereka mendapat bayaran berbilion-bilion ringgit unutuk menghapuskan virus tersebut. Athirah Syafiqah pula telah menjadi Ketua Pensyarah di Jabatan Kaunselor dan Psikologi di Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Aqilah Amalina pula merupakan Pereka Fesyen terkemuka di Paris dan mendapat tawaran untuk mereka baju bagi selebriti barat untuk Anugerah Academy namun dia menolak tawaran tersebut kerana dia hanya menghasilkan busana muslimah yang sopan. Butiknya kini diusahakan bersama-sma ibunya. Liyana Roslan atau Lee bersama Aisya Najihah telah pun menjadi pereka landskap untuk taman-taman istana dan taman-taman masjid di seluruh dunia. Raihana kini menjadi Pensyarah Undang-undang Islam di Madinah dan kaligrafi khatnya telah banyak melatari dinding-dinding masjid di negara Timur Tengah. Ezan Sahizzah pula kini menjadi Ketua Makmal Forensik dalam Bahagian Penyaisatan Tempat Kejadian Jenayah atau pun digelar CSI di New York. Amerul atau mesra dengan panggilan Jen telah pun menjadi Leftenan Jeneral Tentera Laut Malaysia dan mendapat anugerah Pingat Jasa Kebaktian daripada Yang Dipertuan Agong. Afifuddin pula telah menjadi pelukis pelan bangunan pentadbiran negara dan yang lebih menarik potret ibunya yang telah dilukis olehnya ditempatkan bersebelahan potret Mona Lisa. Dia juga mempunyai Galeri Seninya sendiri di Paris dan di Italy. Ain Amir dan Jalilatul atau J.Lo pula telah menjadi Doktor Pakar Kanak-kanak dan sering berkhidmat di semua negara mundur dan negara-negara yang ditimpa bencana. Amira Aisya atau Chu Lin pula telah menjadi Pakar Pemakanan dan Chef terkenal di Italy dan berjaya membuka beberapa rangkaian restoran di atas kapal pelayaran mewah dan dia juga dalam proses untuk mempunyai Kapal Pelayaran Mewah miliknya sendiri tidak lama lagi. Khalis pula telah pun menjadi Ahli Perniagaan yang terkaya di Malaysia dan kadang-kala terbang bersama jet peribadinya ke Amerika Syarikat untuk menyaksikan perlawanan bola keranjang. Iqmal Haiqal pula telah pun mempunyai Syarikat Hartanah dan dia sendiri mempunyai beribu-ribu hektar tanah di Australia dan di New Zealand. Al Amer dan Hairil pula sedang mengusahakan sebuah Syarikat Penerbitan Filem dan salah satu daripada filem mereka akan menjalani sesi penggambaran di Universal Studio. Rahmat pula telah menjadi usahawan Kek Lapis Sarawak yang berjaya dan kek lapisnya telah berjaya menjadi salah satu makanan rasmi di istana diraja Jepun. Izzudin yang fanatik dengan kumpulan Hujan dahulu telah pun menjadi Pereka Grafik bagi sebuah Syarikat Multimedia di Jerman dan dijangka menjadi pelukis pelan kepada ‘Official Bungalow’ untuk Kumpulan Hujan. Tahniahlah! Azmir kini menjadi Usahawan Makanan paling berpengaruh dan beliau juga merupakan penaja makanan utama untuk Kejohanan Ragbi Dunia. Syukri Dollah pula kini merupakan Pensyarah Ekonomi di Universiti Toronto di Kanada. Nama Syuk menjadi terkenal di sana kerana kehebatannya sebagai pensyarah ternama dan terkaya di dunia. Azizan pula kini menjadi Pengurus Pasukan Bola Keranjang Negara di samping kerjaya tetapnya sebagai Pengurus Syarikat milik keluarganya. Akmal Harith Zainal Abidin pula kini sudah menjadi pereka laman web yang terkaya di dunia dan dia sedang dalam perancangan untuk membina sebuah Stadium Rasmi Kelab Bola Sepak Perak di Parit Buntar yang setaraf dengan Stadium Emirates milik Kelab Arsenal. Manakala Nazrin atau Anjang telah membuka sebuah taman pertanian dan Syarikat Penyelidikan Bioteknologi di Cameron Highland dan menjalankan penyelidikan tentang pengacukan tanaman berhawa dingin dengan tanaman herba. Fahim kini menjadi Pengurus Syarikat Pembinaan dan projek terbarunya ialah pembinaan hotel dalam laut. Insyaallah hotelnya yang diberi nama ‘The Heart of the Ocean’ masih dalam proses pembinaan. Shahril Khairi pula kini menjadi Ketua Jurutera di pelantar minyak Petronas di Sudan. Jarang-jarang sekali pulang ke Malaysia. Naufal pula menjadi Penganalisis dan Penasihat Kewangan Diraja dan merupakan orang terpenting dalam istana. Dia memang cukup teliti dalam menguruskan wang dan kerana itulah dia berjaya menjawat jawatan tersebut. Aziel atau Ajai pula telah mengusahakan Syarikat Produk Penjagaan Diri Lelaki yang menjadi jenama bertaraf antarabangsa dan digunakan oleh orang-orang ternama di dunia. Ismat pula mewarisi perniagaan ayahnya dan menjadi antara orang terkaya di Pulau Pinang setakat ini. Beliau juga sedang dalam proses untuk membangunkan sebuah hutan simpan tempat untuk melakukan aktiviti riadah seperti bersenam dan berjogging. Hazwan atau Chong Wei kini menjadi Ketua Jurutera di Pusat Kawalan Angkasa Lepas dan sangat jarang pulang ke bumi. Shazrul yang dahulunya merupakan ‘Pengawas Dewan Makan’ kini telah menjadi Pakar Pemakanan Antarabangsa bagi acara-acara sukan bertaraf dunia seperti Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Satria pula kini menjadi Ketua angkatan Tentera Darat Malaysia dan merupakan orang paling berpengaruh dalam menjayakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Zain Asyraf pula kini merupakan Pengurus Syarikat Penerbangan Domestik di Malaysia dan menduduki tangga ketujuh dalam senarai orang paling berpengaruh di Malaysia. Malah penerbangannya mampu sampai ke ceruk pedalaman Sabah dan Sarawak dan dia bakal membina sebuah lapangan terbang di setiap kawasan pedalaman di Sabah dan di Sarawak.

Faruq kini bergelar Tokoh Korporat Negara kerana dasar perniagaannya telah diguna pakai oleh semua usahawan di seluruh dunia dan dengar-dengarnya beliau bakal mendapat gelaran Datuk. Farah Khalidah yang dahulunya sekelas denganku kini telah pun menjadi Pensyarah Politik dan Budaya di Universiti Harvard dan dia banyak memperkenalkan budaya Melayu kepada pelajar-pelajarnya. Dayana pula telah menjadi ‘fashion designer’ dan butiknya menjadi penaja utama acara-acara diraja dan korporat di seluruh dunia. Malah rekaan batiknya pernah memenangi Pertandingan Batik Piala Sri Endon. Semua stafnya diwajibkan memakai Baju Kurung Pahang sebagai uniform rasmi. Fakhrul dan Aidil pula kini menjadi Ketua Doktor Pakar Psikologi di Australia dan mereka berjaya menemui satu vaksin yang diberi nama AXP2334899 yang boleh memulihkan pesakit mental. Adam Sharez pula telah pun melancarkan jenama pakaiannya sendiri dan sedang berjinak-jinak dalam dunia peragaan di Paris dan London. Dengar kata, Adam merupakan antara model yang mendapat bayaran termahal di sana. Namun dia mungkin akan bersara daripada dunia peragaan dan akan beralih kepada kerjaya sebagai pramugara pula. Asyraf, Ketua Tingkatan 5IS dulu, kini sedang mengusahakan agensi permodelan busana muslim di Kaherah. Dia ada mendapat tawaran untuk menjadi model namun ditolak mentah-mentah. Hannah Alyaa ‘assistant’ 5IS dahulu telah pun mempunyai sebuah Butik Pakaian Pengantin yang mampu mengalahkan rekaan Donatella Versace dan Giorgio Armani. Akmal Harith Amer Hamzah pula kini bergelar Pengurus Syarikat Grafik yang kini mempunyai cawangan di Amerika Syarikat dan di Jepun. Lydia Amira si genius pula sudah pun menjawat jawatan Canselor University of Cambridge dan menerima Hadiah Noble Sains dan Bioteknologi baru-baru ini. Husaini, ketua kelasku dahulu yang berkaliber kini telah pun mempunyai Syarikat Rakamannya sendiri yang menanungi beberapa kumpulan nasyid terkenal tanah air. Fatien Amirah pula telah mempunyai Syarikat Produk Kosmetik bertaraf dunia yang diusahakan bersama-sama Nabila Farhana dan berpusat di Chicago. Haziq si ketua kelas 5AF kini sedang dalam proses mengkaji penawar bagi symptom terkejut yang dijalankan di Amerika Syarikat selama lima tahun. Siti Zulaikha Mariano pula telah pun mengeluarkan jenama jam tangannya sendiri yang lebih mewah dan mahal daripada jam berjenama Rolex dan kilangnya terletak di Manila, Filipina. Najihan yang merupakan graduan Universiti Oxford kini bergelar CEO Syarikat Peralatan Badminton bertaraf dunia yang menggunakan Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan sebagai duta serta model utamanya dan kadang-kala Jihan akan turut serta mewakili Malaysia dalam Kejohanan Badminton Dunia. Manakala Nurul Hafifi pula telah menjadi Doktor Pakar Sakit Puan dan hospital miliknya yang terletak di tepi pantai di Spain telah pun 99% siap. Rasyid pula telah menjadi Usahawan Produk Pertolongan Cemas yang digunakan oleh BSMM di seluruh dunia. Wah, masih setia dengan BSMMnya. Shahzan si comel pula telah mengusahakan beberapa cawangan gimnasium di bandar-bandar utama di dunia seperti di New York, Tokyo dan London. Umi makin berjaya kerana spa-spanya di pusat peranginan dunia seperti di Pulau Mauritius dan Pulau Jeju semakin mendapat tempat di hati warga bangsawan dunia. Jannah pula telah dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kajian Perubatan Dunia yang berpusat di Dublin, Ireland.

Sahabat-sahabat karibku apa pula cerita mereka? Apa khabar mereka semua agaknya? Nadrah kini telah menjadi Peguam Syariah dan tiada satu pun kesnya yang gagal. Nad memang hebat. Malah masalah penceraian dan poligami di Malaysia semakin berkurang hari demi hari. Ubaidiah kini telah bergelar Pensyarah Perubatan di Universiti Cambridge dan bakal membuka sebuah hotel bersama-sama keluarganya di Madinah . Fatini atau Tinie kini yang merupakan Doktor Pakar Jantung di sebuah hospital di London dan telah menemui satu cara atau kaedah baru bagi pembedahan yang menggunakan teknologi robot sepenuhnya yang mendapat kerjasama Deena dan Bell. Faezah pula kini telah menjadi ahli Bioteknologi dan menemui satu cara untuk mengklonkan manusia dengan selamat tanpa sebarang risiko fizikal mahupun mental melalui kaedah yang diberi nama Experiment XXXfr92. Semoga berjaya kalian semua! Semua ini ialah berkat dan jasa guru-guru Integomb yang sangat dedikasi mengajar kami semua. Terima kasih cikgu-cikgu!

Integomb banyak menyimpan kenangan antara aku dengan mereka semua. ‘Land that is full of bliss and glory.’ Itulah Integomb. Sememangnya aku amat merindui kalian. Aku telah pun ‘graduate’ dari Technische Fachhochschule di Berlin dalam bidang kejuruteraan empat tahun yang lalu dan kini telah pun menjadi Ketua Jurutera di sebuah Syarikat Automotif di Italy selama lima tahun. Inilah masanya untuk aku menimba pengalaman dan mencari ilham untuk penulisan novelku. Biarpun sibuk dengan kerjaya sebagai ‘engineer’ namun aku tetap akan menulis selagi diberi ilham oleh ALLAH. ‘Panahan Cinta’ telah pun berada di pasaran! Jangan lupa beli, ya!
‘Yes.’Reunion akan diadakan dua bulan lagi. Aku pasti akan pergi. Katanya reunion ini akan mendapat tajaan hotel kepunyaan Hajar dan Ezni. Nampaknya aku akan ke Pulau Caribbean pula. Wah, seronoknya! Syahir Syahrom dan Abdul Shahiir akan menaja penerbangan kami ke sana menaiki Sapphire Sky Airline yang ‘Exclusive Class.’ Pilotnya tentu sahaja Firdaus. ‘Dinner’ kemuncaknya akan diadakan di atas kapal Ruby Red milik Zafir. Semua makanan ditaja oleh Azmir dan chefnya sudah tentulah Amira Aisya. Pakaian kami mendapat tajaan penuh Aqilah Amalina dan Dayana. Wah, semuanya ditaja! Syarawi pula pasti akan suka kerana dapat bertemu dengan ‘Kapten Jack Sparrow’ idolanya itu. Jangan terkena ‘The Curse of the Black Pearl’ sudahlah! InsyaALLAH. Aku pasti akan datang. Kamu semua mesti datang juga, ya! Jangan lupa bawa ‘partner’ masing-masing! Jumpa di Pulau Caribbean!

p/s:..haha..hanyelah impian dan angan-angan!!!

25 comments:

tirah said...

atiq..ak ketua pensyarah??haha..
amiin..tq so much tiq..
bez gle cte ko..
da begenang air mate ak dibuat nye..
RNDU GLE EXCELL9!!!!

Shafiq Daniel said...

Haha...best giler....wei,Syafiq Ju, kita bakal buat keta ar....musti gempak kan..?anyway, nice one, atiq...!!

a w i n said...

SGT BEST!!!!
WUHUU!!!!

syarawi.. said...

act aq x bace ag skunk n lepas nih aq bace...
excited gle nk komen nih....
hahahaha....thanx atiq...
aq tau mesti best nyer...

sak syg excell9 smpi nk gle.. said...

weyh..touching siot bace...
name aq ad smpi 3 kali... huhuhu...
paperpon harap2 kite sumer akn bjaya dlm hidup masing2 di dunia dan d akhirat...
mmg aq rinsu korang sumer...
syg gle x tau nk ckp cmner...
love excell9 so much...
muuaaahhh....

Anonymous said...

Akmal Harith Zainal Abidin pula kini sudah menjadi pereka laman web yang terkaya di dunia dan dia sedang dalam perancangan untuk membina sebuah Stadium Rasmi Kelab Bola Sepak Perak di Parit Buntar yang setaraf dengan Stadium Emirates milik Kelab Arsenal.

zusai said...

hahak.bapak best..

wardahsakinah said...

tacing (':
<3 E9

nur amir said...
This comment has been removed by the author.
nur amir said...

atiq ko mmg pwer..ho3

syafiq junaidi said...

bes ar ko wat atiq...
urm...
wat kete...
daniel...
mesti gempaknyer la....
hehehe...

Hannis said...

Atiq...
thanx 4 such a wonderfull dream utk semua adik-beradik Excell9. aku doakan kita semua akan mencapai kejayaan yang hebat seperti yang dihajatjan.
BTW, aku harap sgr akan ada reunion utk 5 or 7 years from now. RINDU EXCELL9!!!!

ameergoh said...

lalala
patah tulang de vaksin???
biar benar!
dimensi pe lak tuh???
haha

hoshizora said...

adoyai meer...ak xtau laabio ak lmah ckit haha..
nyway..
YA ALLAH..berikanlah kami semua Excell 9 sebaik-baik kesudahan dalam hidup kami...
amin....=)

Syakirah Azami said...

hoii apal ak bukak butik pgntin??
ak jd model boley r..hehe
gewd job atiq, best cte nihh!

ct nabilah b said...

pal ak jd dekan plak ek??
huhu..
nway..best!!!

haikal agong said...

buat ketapi?
ddk jepun?
ak hrp hdup ak sme mcm cte ni...
amin...
xD

soB_rin said...

wei, apsal aku jadi pelakon teater ngn azwan...
aku x reti blakon jd bdak down sindrom lah..
he he,
pe pun best giler citer ko ni atiq..

adam sharez said...

haha...aku model termahal?????haha...
nice story ar btw.....thnx neway

Arezintt said...

aku ad syarikat??
aku mne reti bisnes2 ni..haha

night gunfighter said...

hahaha
bagus2
bleh jd pnulis novel
teruskan usaha anda excell 9
aku bangge menjadi excell9
syg korang sume

tinie said...

erm...
terharu la aku bce...
hopefully kte sume success...
huhu...
chaiyok excell9!!!

shohuki said...

bpk best giler99
ak hrp sume impian jd kenyataan.....
good job ATIQ!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

Anonymous said...

ak arkitek termahal?? buat komik yg nk jd drama??....SMART!!!

jirol aiman said...

sial da lame citer ni ak baru tawu..
bez2...

Post a Comment

 
[close]