Excell9@UniKL-MFI

 

Assalamualaikum…selamat sejahtera..salam 1Malaysia….

P160710_14.07

Bonjour..~~Ca va..?Cava bien, merci…hehe…ni lah antara ape yang kitorang belaja kat MFI. Um, untuk memulakan bicara, saya ingin mengucapkan ribuan ampun dan maaf kerana sudah lama tidak mengepost di blog ini. Maklumla, kesibukan dan tidak punya idea untuk menulis apa2 di blog ini, maka saya hanya mendiamkan diri. Tetapi, memandangkan semua sudah mula mengadu tentang ke’sawang’an dan keber’habuk’an (ade ke ayat2 ni..ak main tibai sahaja..haha..) blog ini, dan terima kasih juga kepada saudari Nur Atiqah Yahya yang meng’clear’kan habuk2 yang ade kat blog ini lantas memberi laluan serta inspirasi kepada saya untuk menulis kembali. Post sebelum ini telah menunjukkan perkembangan ahli2 Excell9 dan alhamdulillah, rata2 semuanya berjaya menempatkan diri untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Walau di mana pun anda berada, saye sentiasa mendoakan kejayaan anda. Baiklah, disebabkan Atiqah telah memberi gambaran secara general tentang kehidupan ahli2 Excell9 setelah tamat SPM, maka saya dengan suka citanya ingin berkongsi tentang kehidupan kami, tiga orang warga Excell9 yang kini melanjutkan pengajian di salah sebuah universiti yang terkemuka (agak terkemuka jugak ar…) di Bangi, iaitu Universiti Kuala Lumpur-Malaysia France Institute (UniKL-MFI). Harap2 perkongsian ini dapat memberi gambaran kepada kehidupan di universiti ini, dan harap2 juga warga2 Excell9 yg lain dapat juga menceritakan tentang kehidupan mereka kerana sudah pasti kehidupan kita kini tidak lagi sama. Universiti atau kolej yang lain mungkin mempunyai keunikan masing2. Baiklah, maka bermulalah sebuah cerita….~

P160710_14.09

Tanggal 11 Julai 2010, maka bermulalah sebuah kehidupan yang baru. Berduyun2 manusia yang hadir ke UniKL-MFI untuk mendaftarkan diri mereka sebagai mahasiswa atau mahasiswi di universiti itu, termasuklah saya, Akmal Harith Amir Hamzah, dan Ahmad Nuruddin (aka Pak Din) yang mendaftarkan diri untuk program Pre-France. Program selama 20 bulan (kira2 2 tahun) ini merupakan satu jalan yang perlu kami tempuh sebelum dapat menjejakkan kaki kami di Perancis. Orientasi yang berjalan selama seminggu agak mencabar mental dan fizikal kami dan banyak mengajar kami tentang pengurusan masa. Masa ini juga digunakan untuk mengenali pelajar2 lain. Oh ya, di sini ade 2 jenis bilik, bilik 2 orang dan bilik 6 orang. Aku yang agak bertuah ini telah mendapat bilik untuk dua orang manakala Akmal dan pak Din mendapat bilik 6 orang. Walaupun kami bertiga di bilik yang berlainan, kami selalu berkumpul dengan beberapa student Pre-France yang lain kat bilik Akmal (kiranya bilik Akmal ni jadi port lepak ar..haha..). Em, banyak ar berkenalan dengan budak2 dari serata Malaysia. Ramai jugak yang datang dari Sarawak. Dari MRSM, SBP, sekolah biase pun ada juga. Kesemuanya ada 36 orang kalau tak silap aku. Kami dibahagikan kepada tiga kelas. Untuk first sem ni, kitorang cuma digelar Group 1, Group 2 dan Group 3. Second sem nanti baru ar kitorang dibahagikan mengikut course iaitu Mechanical, Electrical dan Chemical.

P270710_10.22

Baiklah, dari segi pembelajaran, aku boleh katakan yang kelas telah berlangsung dengan sangat baik sekali. Lecturer2 semua sangat baik2 belaka. Cuma satu jer tentang lecturer2 ni, disebabkan kebanyakan lecturer kitorang adalah orang Perancis, maka timing diorang memang yang terbaik ar. Kalau lewat datang kelas, boleh jadi dia tak kasi masuk langsung dalam kelas. Buat masa ni, mase masih baru lagi xde ar dioarng buat macam tu lagi. Tapi, memang kena tepati masa ar. Unutk semester pertama, kami semua mempelajari benda yang same. Subjek pertama (dan mungkin subjer terpenting) sudah tentulah Bahasa Perancis. Walaupun pada mulanya agak tergagap2 dan terkebil2 semasa mempelajarinya, tapi sekarang ni rasenye dah makin ok sikit. Lecturer bahasa France memang spotting sumenyer dan mereka sedaya upaya ingin menjadikan pembelajaran bahasa ni as fun as possible. Pada masa yang sama, diorang jugak nak memastikan kitorang dapat ingat dan aplikasi apa yang kitorang telah belajar, Jadi, bile dah balik kat bilik memang selalu ar cakap French. Bukannya apa, nak practice kan. Nasib baik ar French ni tak berapa jauh sangat dari English. Ada jugak ar beberapa persamaan. Jadi, boleh ar adapt pengetahuan dalam BI untuk French. Em, so far so good, tp right now masih awal lagi. Tak tau la lepas ni macam mane pulak kan? Seterusnya, Matematik. Untuk permulaan ni, matematik aku boleh consider as OK agi ar. Cumanya untuk France nyer ni, kitorang x banyak guna kalkulator (setakat ni memang tak guna langsung) sebab mostly soalannyer kena proof atau show. bkannya calculate. Kalo calculate pun yang simple2 je. Lecturer agak cool dan steady, memang boleh enjoy jugak ar kelas dia. Banyak buat latihan (memang ar, matematik kan..) dan yang paling best, takde buku atau rujukan sangat. Yang ade just nota2 lecture (itu pun kitorang kena salin sendiri, takde handsout or anything) dan latihan2 yang diberi. Kalau nak cari buku pun, tak tau nak cari buku apa. Selesai matematik, beralih kepada Fizik dan Basic Electricity. Untuk dua subjek ni, kitorang belum start pun blaja lagi. Ada beberapa masalah sikit dgan lecturer (dua subjek ni diajar oleh lecturer yang same) dan mungkin lepas ni ada kelas malam untuk menggantikan kelas2 yang sekarang ni. Jadi, tak banyak info pun untuk dua subjek ni. Seterusnya, Malaysian Studies. Subjek ni walaupun agak bosan dan tak berapa diminati, tapi satu benda tentang subjek ni yang mmbuat ak sangat tertarik, iaitu lecturer kitorang. Beliau merupakan seorang yang kurang upaya (buta penglihatan) tapi ada title ‘Dr’. Memang gempak ar. Cara dia bercakap pun memang macam orang2 yang intelektual. Penuh dengan info2 sejarah yang kadang2 kita tak pernah tau. Subjek ni banyak buat pembentangan dan presentation (same ar tu kan..) dan kalo ikutkan memang ala2 sejarah jugak ar. Tapi terpaksa la jugak belajar. Em, apa lagi ek..? Oh ya, batch kami ni dipanggil Pre-France 9 atau singkatannya, PF9 (Excell9, PF9..??). Pak Din telah pun berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang yang penting dalam batch ni, manakala Akmal Harith pula rasanya tak lama lagi akan dilantik menjadi salah seorang AJK kat surau MFI, ak pulak masih lagi menjadi student yang biasa jer kat sini.

P280710_11.37  Kat Cafe

P300710_12.50

Akmal Harith tgah study

P290710_13.31_[01]

Asrama

P300710_12.31

P300710_14.38

Hehe..jangan jeles..kitorang duduk kat Nice (tiada dalam gambar) tapi hari2 bila ak gi kelas kena lalu Paris dengan Lyon..haha..~

 

Akhir kata, kami warga Excell9@MFI amat mengalu-alukan lawatan anda semua ke MFI. Doakanlah kejayaan kami di sini…

 

p/s: Sorry tak banyak gambar…kekurangan masa untuk mengambil gambar..hehe..lain kali ak upload gambar lawa2 skit..

10 comments:

Anonymous said...

gud lark la shavat ku~semoga berjaya dunia akhirat~

akmal harith AH said...

tq very much... very informative... gamba slh timing r... haha..
tp ak sbnrnye bknlah AJK surau... harap maklum... hehehe...

Shafiq D said...

bakal ar akmal...blum lg..haha....

Excell9'Girl said...

hmm.. Agak best gak r, satu kelas brp org? Cam sket je.. Best tu..
Btw all the best Excell9@MFI!! :))
truskan kcemerlangan kita kt serata dunia!! Ganbatte ne!! Hehe..

assyuhada said...

wah...bez2...
hostel pnyer name pown cam da dkt france dah..heh
btw, subjek msian study tu...heh blaja psl ssejarah negare kah?again?taperla...okla tue...x sia2 ciku bibah n cikgu faridah brhempas pulas selame nh...

Shafiq D said...

Satu kelas tu dlam 12 orang jewr...memang skit ar..

Ha'ah, malaysian studies tu mmang mcam sjarah pon...tp rasenye lbih detail lg kot...blaja utk first sem jer..hehe..

ariff mohd zaid said...

wuhuu!!
roommate gue!!

Anonymous said...

salam.. sory out of topic skit...
nk tnya psl pengurusan masa belajar di perancis??
thanks :)

izxfar said...

ada jugak org iklan Pre-France...

Anonymous said...

Gud luck bro
really needed to find out bout MFi
u did a wonderful story
hope ots true :)

Post a Comment

 
[close]