Khazanah Global Scholarship Programme selection process [first stage]


ASSALAMUALAIKUM,...!!

Ok,kali ni, aku nak share plak pngalaman smasa sesi pemilihan tahap pertama untuk Khazanah Global Scholarship Programme. Sesi ni baru je habis petang tadi (pukul 2.30 hingga 4.30 ptg - 12 Januari 2010) dan ade gak beberapa bdak Excell9 yg ade time sesi ni. Antaranya ialah aku, Rasyid, Khairi, Sobirin, Izzaty (aka ustazah), Nabilah Yunus and Lydia.Kalo tak silap ade gak yang gi sesi pagi, tapi aku tak pasti siapa. Kitorang mulakan sesi ni kira2 pkul 2 setengah kat Odyssey Hall, Menara UEM kat KL Sentral. Dewan tu dipenuhi ngan budak2 pandai dari sekola2 lain yang bersame2 bsaing nak dapatkan scholarship ni. Mula-mula, ade briefing dan sdikit pengenalan ttg program Khazanah ni. Khazanah merupakan sebuah badan yang diberi kepercayaan untuk menguruskan wang2 atau aset negara untuk digunakan sebaik-baiknya-iaitu untuk pelaburan dan untuk memajukan negara Malaysia. Matlamat scholarship ni diberi ialah untuk melahirkan pemimpin yang bakal menjadi tunggak kemajuan dan dapat memberi sumbangan kepada negara. Kalo nak tau, program ni merupakan agenda nasional. Maknenye, ni macam projek kerajaan yang sgt besar. Sebab tu ar selection process dia agak rumit dan lama sbb dia nak amek the best out of the best. Student yang dipilih bukan sahaja akan dibiayai pengajiannya , malah diorang perlu mengikuti modul yang disediakan oleh Khazanah. Diorang ni nak pastikan student2 yang dibiayai bkan je pandai dari segi akademik, malah mampu bersedia untuk menjadi pemimpin dan membuat keputusan2 yang besar dan kritikal serta mmpunyai kaliber dan daya kepemimpinan. Khazanah juga setakat ni merupakan badan yang memberi jumlah biasiswa yg paling banyak kepade student2nya. Kiranya bbudak yang dpt Khazanah ni agak mewah dan tak payah risau pasal financial langsung.


Ok, lepas dah habis cakap2 pasal Khazanah, kitorang diberi lak briefing pasal ape yang kitorang akan buat utk sesi tu. Kitorang menduduki ujian - rasenye ni macam ujian IQ - ade 5 bahagian atau 5 paper dan jumlah mase yg kitorang ade ialah satu jam setengah. bayangkan, sikit giler mase yang kitorang ade. Ujian yang diberi tu untuk menguji daya pemikiran , logik , dan macam2 lagi. So, ini bukan la ujian mcm SPM. Aku tak tau la camne bdak2 lain, tapi aku agak kelam-kabut time jawab ujian ni. Ye ar, mase sekejap giler. Setiap bahagian ade peruntukan masenye yang tersendiri dan stiap bahagian ade diberi briefing camne nak jwb soalan serta contoh2 untuk dicuba sebelum menjawab soalan yang sebenar. Rase sekejap benar mase berlalu mse buat ujian tu. Sedar-sedar, mase dah pun abis. Slepas tamat ujian tu, ade la diorang cakap skit2 psal stage2 yang seterusnya. Sesiapa yang melepasi stage pertama ni akan dipanggil lagi untuk stage yang kedua, iaitu interview dan ade aktiviti dalam group. Secare overall, ujian tu agak susah, tapi nasib baik la bleh jawab...Em, lepas sume bende abis, barula kitorang (bebudak Excell9) dapat berjumpa. Tp,x lama pun dapat jumpe, masing2 nak balik dah. Ape2 pun, pengalaman menduduki ujian yang unik ni amatla berharga dan harap2 nye dapat ar kitorang sume pegi ke stage yang sterusnya. Korang doa-doa kan la kitorang ni berjaya,ek..?

5 comments:

Lyd Merra said...

pergh, dodo pantas dan efisen. bgos2. =)

tirah said...

ooh..ok..gud luck ek korg..wish u all da best..

soB_rin said...

wow, cepat giler ko ni yek dodo,
memg rajin lh ko ni,;)

nazrinafifi said...

wey, yg g sesi pg tu aq lah, heehe

dL said...

boleh tolong explain dgn lebih DETAIL tak pasal soalan yg ditanya.

Post a Comment

 
[close]