Till death do us apart..?

              
                Kehadapan rakan-rakanku sekalian, apa khabar kalian di sana? Patik harap kalian senantiasa ceria, teguh iman dan tak lupa bersahur bersekali pil nutrisi Pharmaton hendaknya. Alhamdulillah patik di sini sihat-sihat sahaja bersama-sama keluarga tercinta. =D




And hold firmly to the rope of Allah all together and do not become divided. And remember the favor of Allah upon you - when you were enemies and He brought your hearts together and you became, by His favor, brothers. And you were on the edge of a pit of the Fire, and He saved you from it. Thus does Allah make clear to you His verses that you may be guided.

                Sekadar nok ghoyak, aku sekarang dalam semester 3 A-level. Tapi silibus Maths dah macam bebudak 1st. Year engin… =.=! perjalananku sukar, dan aku tahu korang pun. Ramai yang dah nak menginjak degree ke universiti serata Malaysia. Maka selamat menempuh alam degree aku ucapkan. Ada yg dah nak abih 1st year degree. Maka selamat cepat2 nikah aku ucapkan. Ada yang dah nak fly gi Canada, US, UK, Australia. Maka selamat belajar memasak aku ucapkan.

                Ringkas ceritera, haluan kita bertebaran. Semakin menginjak dewasa, semakin matang pemikiran kita. Tapi walau ke mana pun 171 of us pergi, kita ada satu persamaan, iaitu memori persahabatan selaku satu batch. insyaAllah memori ni takkan padam (unless korang accident pastu tak ingat past memories) dan terus segar dalam ingatan. Memang tipu la kan kalau aku kata bila korang dah tua ada anak cucu nanti korang tak ingat langsung pasal batch spm 2009…hoh.

                Kepada yang masih berhubung, tak kesah la Fesbuk ke nombor tepon ke… sekalung tahniah aku ucapkan (poof poof bunga api bunga api… ^^). Dan aku tak kisah pon kalau ada certain di antara kita yg nak menjauhkan diri daripada ‘network’ akhirat ni… tak, aku tak terasa hati pon kalau ada yang nk remove aku as friend kat fesbuk atau tak ajak aku join cucumber league (err…) atau tak inform aku pasal boyfie/girlfie baru atau tak kasi surat walimah (hey ini melampau ok!!!).

                Ok berbalik kepada mafhum surah al-imran ayat 103 di atas, sedar tak sedar tak korang yang ekceli Allah berbicara tentang KITA kottt!! (baik sumpah sila rasa tertacing skang gak!! T_T). Aku boleh naik hangus kot bila Allah suruh remember the favor of Allah upon you dan ayat2 seterusnya. Rasa macam tertembak kat kepala sendiri especeli bila mengenangkan memori kita kat Integomb, kan..?! May all of us be forever guided insyaAllah…

                Till death do us apart? No. In fact, to His Gardens do our friendship lasts. Kat syurga nanti, akan ada orang jumpa kita lalu bertanya, “weyh bro, dah puas aku cari si fulanah dan si fulan member kita kat integomb dulu2 tu, tapi tak jumpa pon. Kau tahu diorang kat mane bro?”. Bila dah puas cari, eventually kita akan tanya jugak kat Allah, “O Allah, apa nasib member kitorang tuh..?”. “Ada kat neraka tu haa. Lek2 luhh, nanti diorang join korang jugak…”. *tee tee underscore tee tee*

                Ya, aku nak stress balik pendirian aku; aku tak kisah kalau ada yang nak keluar dari ‘network’ ni atas rasional tersendiri, tapi tapi tapi, tetaplah dengan hablum minallah. Penat2 didik jiwa dengan hidayah kat integomb, pastu takkan tetiba nak langgar batasan syariat…? Naik seriau pulak aku rasa nengok ada yang dah terbang tudung entah ke mana,.. solat subuh pukul lapan… =.=  So guys and lads, teguhkan identiti, dan tingkatkan prestasi… ^^
               
 ohoh, loking forward for iftar. jom!!!!!

8 comments:

hoshizora said...

salam....excell9!

kita sahabat sampai syurga ye.

Syazrul said...

yeah!! lame ak tggu post kat excell9 ni....iftar jom!! syurga pon jumpe gak....

Nur Izzati Abdul Rahim said...

=) taqabbalallahu to'atukum~

Anonymous said...

Subhanallah..mga kte sume dtmpatkn bsma2 di syurga..Allahu Akbar!Subhanallah..mga kte sume dtmpatkn bsma2 di syurga..Allahu Akbar!

muhammad shahzan safian said...

wow!!..terbaik laa entry nie..:)

Anonymous said...

Nice 1..

ILA HonEyBuNNy said...

nice entry..

entry kesedaran neh...

salam ziarah n salam ramadhan...

zusai said...

:) sangat nice, syukran.

Post a Comment

 
[close]