Till death do us apart..?
Excell9@UniKL-MFI (part 2)
Assalamualaikum..!!~Apa khabar semua? Harap2 semua dalam keadaan sihat dan sejahtera…baiklah, setelah berabad blog ni tak di’update’, rasa macam dah lama sangat blog ni dibiarkan sahaja. Aku pun sebenarnya tak tau nak tulis apa, jadi, aku tulis sahaja berkenaan dengan student2 Excell9 yang berada di UniKL-MFI (aku,Akmal Harith Amir Hamzah, dan Ahmad Nuruddin) yang kini sedang mengikuti program Pre-France.
Baiklah, sebenarnya , takde apepun yang hendak dikatakan. Cuma, sekarang, kami sudah kira-kira separuh jalan dalam program ini. Semester 3 sudah bermula, dan akan tamat pada bulan 12 ini. Seterusnya, semester 4 sehingga kami fly, insyaallah, pada bulan April 2012. Sekarang, kami bertiga telah berpecah kepada 3 kumpulan yang berlainan kerana kami memilih pengkhususan yang berbeza dan akan fly nanti juga ke tempat yang berbeza di France. Aku sendiri, mengambil jurusan Elektrik, dan akan ke Nice, Akmal Harith mengambil Mekanikal dan akan ke Aix-en-Provence, dan Pak Din pula mengambil Chemical, dan akan ke Touluse.
Itu sahaja rasanya untuk laporan dari kami. Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar2 Excell9 yang bakal ‘terbang’ tak lama lagi, samada pada bulan puasa nanti ataupun selepas raya. Maaf, sebab aku takde senarai nama yang akan pergi, jadi, aku cakap secara umum jer..takut kalau tulis nama, ada yang tertinggal nanti.Walau dimana jua anda pergi, samada ke Amerika Syarikat, Kanada, dan mana-mana sahaja,belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan pulanglah ke tanah air dengan kejayaan dan berkhidmatlah untuk negara Malaysia…~
Dan tidak dilupakan juga, selamat menyambut bulan Ramadhan, walau di mana jua anda berada. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya..
P/S : Takde apa2 perancangan ker untuk Ramadhan kali ni..? Mungkin boleh berbuka puasa sama-sama macam tahun lepas..?