Kita sering digembar-gemburkan, diperdengarkan satu berita cereka, mungkin satu cerita dusta, satu perkara auta, bahawa segala gejala yang berlaku di sekolah, buli, pukul, hentam, tembak, ragging, dan segala bagai jenis benda yang mampu dilakukan di tempat penuh ilmu semua disebabkan kesalahan guru yang mengajar, bukan pelajar yang belajar, kesalahan seorang yang ingin menyempurnakan, bukan yang sedang membetulkan. Bukankah seorang guru itu pemberi ilmu yang harus kita setuju, bukan tempat tuju segala perkara yang tidak direstui.
Di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, mungkin tidak kelihatan segala kesalahan dilakukan, tetapi tetap ada kesilapan yang melukakan hati seorang penyeri di Integrasi. Mungkin terselirat dalam segala 'bahanan' terhadap guru, walaupun terpampang di wajah kebingungan penuh seribu satu tekaan terhadap apa-apa yang diperkatakan, rasa sedih dan duka cita penuh satu raga akibat segala perkataan terucap di kata pelajarnya.
Tidur di dalam kelas di atas keletihan tidak terkata, bingung dalam segala pembelajaran dek tidak faham atas pengejaran syllabus pembelajaran kementerian pelajaran, mabuk dek tepu segala ilmu sumbat dalam satu waktu, tidur pukul empat menghafal buku sampai berkulat, dan rutin yang berjalan tanpa apa-apa tambahan, tekanan dek peraturan yang tidak memuaskan kalau boleh dimusnahkan mungkin membuatkan diri bosan tinggal selama sebulan tanpa pulang, tetapi segala pelajaran yang diajarkan oleh guru-guru di situ mampu memberi pengajaran terus dalam kehidupan walaupun hanya 1+1=2, tetap digunakan dalam segala jenis kehidupan.
Mungkin tidak terucap semua cikgu, tidak tergambar semua guru, tetapi ingatlah bahawa mereka tetap penyala pelita bagi limu. Tanpa api, tidak ada cahaya. Tanpa minyaknya, tidak terang cahaya malam raya. Tanpa bekas, tidak tersimpan segala minyak menampung cahaya. Maka, sebagai satu punca, guru hendaklah sentiasa dikasihi tidak walau bagaimana dibenci, kerana mereka sentiasa pemberi kunci kepada segala pagar asrama penuh mangga yang boleh panjat tapi masih perlu kunci. Selamat Hari Guru 2011.