5 Januari 2005

*fuhh fuhh. Uhuk2 (batuk2)*

          Haa haa haaaaa cchhii bersinn!! (selesema dah sbb gotong royong kasi hilang sawang sama ini blog) Ehhee.. assalamualaikum kalian. Pergi ke pekan membeli akhbar, kalian apa khabar? Ekeke.. rasa nak berpantun pula. Entri kali ini penulis ingin membawa kalian semua mengimbas kembali ke masa enam tahun yang lampau... wahaa~

          So, once upon a time, there stood a school. In a fine village surrounded with Gombak indigenous people and Indian squatters. Erk? Ok sambung… hendak dijadikan cerita, sekolah luar Bandar tersebut telah menerima kehadiran segerombolan pelajar baharu tingkatan 1 yg rata-ratanya masyaAllah-kiut-comel-gila weh!! Ada yg pendek (aku la..), tinggi, tembam, kecoh, pendiam, misteri dan pelbagai lagi lahh.. diverse community gitu…

          Mula2 masuk sekolah luar Bandar ni kan.. pergh.. macam pelanduk masuk Bandar la wa ckp sama lu… masakan tidak, tak pernah in my whole life melihat sekolah yg serba moden dan canggih sebegitu rupa.. aku tengok geng2 aku yg lain pun asyik dok melongo je melawat sekolah nih… lebih2 lagi kalang cekal beliau. Tu belum part usha jamban lagi.. pergh.. skali flush, air turun mencurah-curah dan xpayah nk refill2 mcm kat burgerking dah… senang kata,.. HEBAT!!

          Alhamdulillah lepas datang sini memang dah takde ragu2 lagi akan kesahihan kewujudan sekolah ini. Ye laa.. masa dpt surat tawaran urusan yang di-pertuan agong tu kan.. terkejut beruk jugak laa dpt alamat sekolah yg entah hulu dekat mane laa ni… but then, my papa ade la jugak research and menggoogle prestasi sekolah ni. Encik google kata sekolah ni dpt second throughout Malaysia in 2003 f4 diagnostic paper. Arakian, aku antahizu hazihil fursah aje laa..

          Pastu, kami2 yg comel ni disambut oleh abang/kakak angkat. Dah selesai melabur wang di koperasi dan bayar yuran, kami dibawa ke kamar masing2. Sentosa 1 destinasi aku. Demmm.. paling atas pulak… pastu, mama, dengan penuh ayu dan baik hatinya, mengajar aku cara2 nk pasang cadar dengan betul.. oh, abang angkat aku pun ajar jugak sikit2.. haa, time ni laa aku jumpe irhamni rahman zubir. Malang sungguh nasibku sebab perlu sekamar dengannya. Makanan mane mau sorok?!! Haha~

          Hoh. Then, orientation week. Ya Allah… abang2/kakak2 fasi memang laa tersangat best. Sembang ngan diorang mcm dah lama kenal dah… mesra gitu. At least, xde laa nk rase homesick sgt.. hoho. Ditakdirkan, aku masuk grup Jati. Dah x ingat sape member grup aku.. (tp, yg pasti Shock grup aku la… haha). Selepas kurang lebih seminggu berorientasi, kitorang pun start laa masuk ke kelas yg telah ditetapkan. Pembelajaran pun bermula. Yg second intake pun datang.

          Eh tapi kan tapi kan.. tak semua yg datang mendaftar pd hari pertama, yakni  5 Januari 2005, kekal sehingga PMR. Along the way, ada juga yg keluar… atas berbagai-bagai rasional. Heh. Sape x homesick weh. Aku pun tak terkecuali ye. Bukan apa… time tu sekolah masih mengharamkan penggunaan telefon selular (eh, habis tu skarang? Haha~)… jadi kami terpaksa laa berebut2 bersaing menggunakan hanya dua public phone dekat kantin. Huhu~

          Alhamdulillah kami sempat berada di zaman Cikgu Fauziah (PK HEM), Cikgu Rahman, dan cikgu2 veteran yg lain. Hoho… of kos, Cikgu Halim tak dapat dilupakan, tentunya. Aku masih ingat… sewaktu P&P Kemahiran Hidup.. sedang kitorang khusyuk meneliti demonstrasi ckg Halim kat depan… Termizi Mat Ali pulak khusyuk dok tido kat belakang… memang obvious gila lah… haru, haru…akibatnya, abg Sarawak kita ni kena denda lari pusing blok.. haha, kelakar gila time tu. Raja tido.. raja tido…

          Oh and yes, ups and downs were too much to be described. My bad… my memory wasn’t that good to spill it out all over here. Ada kes pulau laa, kes cari gaduh ngan senior laa (mind you, seniors at that time were soo gangster), kes cinta mawas/kera/siamang, kes dpt gelaran (macam aku) and so much more. Ketua batch? Sape lagi si budak kurus dan taftek tersebut laa… kudos ye irhamni… you had lead us in such a very good way, indeed.

Ok salam. Tu je kot nk berceloteh. Kalau ade sape2 rase nk tambah perisa kicap atau cuka, do leave comments lahh… minta maaf banyak2 kalau aku x dpt nk put on words as good as like Atiq always did, or ada tersentuh sensitivity mana2 pihak… ini hanyalah sebahagian (0.1% to be exact) drpd coretan kisah2 lampau yg semestinya menggamit memori.

 
[close]