INTEGOMB TERCINTA

20 sekolah hebat
Oleh Johari Ibrahim
Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi





PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan. Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai. Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.
SEKOLAH Kebangsaan Bandar Uda 2, Johor Bahru antara yang terpilih Sekolah Berprestasi Tinggi.


“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah. SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang. Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.
"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang. "Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.


SEKOLAH TERPILIH SBT Sekolah Berasrama Penuh:
Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
SMS Muzaffar Syah (Melaka)Sekolah Menengah Harian:
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
SMK (P) St George (Pulau Pinang)Sekolah Rendah:
Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
SK Bukit Damansara (KL)
SK Zainab (2) (Kota Bharu)
SK Convent Kota (Taiping)
SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)




Sekolah diberi autonomi:
Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif .
Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
Memanjangkan waktu persekolahan.
Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.Kriteria pemilihan SBT :
Pencapaian akademik yang cemerlang.
Melahirkan personaliti unggul.
Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

sumber:berita harian online

***********************************************************************




heh...mmg tader keje....post bende nih....tade entry baru aq ganyang je le bende nih tp,cume warta malam tadi di tv3 ini sedikit menarik perhatian aq...beria- ia aq bangun dari kerusi kt meja makan terus ke ruang tamu...berdiri dpn tv...
erm i see,tader sbpi gombak???x cukup lagi ke kriteria terbabit ngan pencapaian integomb??


nk kate aq sangat tak puas hati tu taderla...tp aq sedikit pelik...erm tp ini hanye ulasan dr aq yg serba tak tau ttg perkara nih.ape2 hal...spe yg boleh menerangkan pd aq...sangat dialu- alukan.
atau...mungkinke sbb integomb di bwh kategori pedalaman??(rujuk teks bertanda biru)






tp tader hal la sbnrnye nih...aq tetap percaya dengan kehebatan skola kite...mungkin dr aspek yg lain.spe tau??


erm...tp maknenye...mungkin integomb akan masyhur lagi lepas result spm kuar next month?spe tau??




10 comments:

wardahsakinah said...

btol.aku quite ttarik dgn brite nh smlm.
cr2 aa gk if mn taw intgomb msuk crta ke,
huih,sdyh gk.
but then mybe kte skwl br.
(:
dont worry guys,integomb akn msuk list gk one day.trust me!

Shafiq Daniel said...

em,sbb kite kan still baru agi..kalo ko prasan kat senarai SBT tu..mostly(sume agaknyer) sekolah yg dah lama ade kat Malaysia ni...kite masih blum ckup experience lg and ade gak kriteria yg kite masih lum de lg (cth-hubungan ngan IPT, anugrah kbangsaan and antarabangsa, melahirkan personaliti unggul)..xpe, insya-Allah, one day, skola kite akan dpt gak jd antare skola yg tgempak di Malaysia..!!

sak..syarawi said...

erm...btol...
aq setuju ngan shafiq danny 2...
btol gk...
ape yg aq rse rr antara sbb skolah kite x dpt sbt 2 maybe sbb skolah kite x ader lagi produk yg btol2 unggul mcm menteri ker, pemimpin ngara ker..org2 knamaan ker...
coz skolah kiter kn skolah baru ag..
yg plg dh lme skolah kite pon still blaja agi
so klau kite nk skolah kiter tersenarai dlm sbt....
skunk tugas kiter rr nk jd org yg hebat2 n byk wt sumbangan utk negara 1 hari nnti...
ok...wt tau..
pasti kn 1 hari nnti kite sme jd org hebat, karismatik tinggi, gmpak and sumer rr yg bagus2 utk negara
then bile korg d temu ramah or interview korg ckp rr yg korg nih dulu 'excell9 kt integomb'
then insyaallah kite akn tersenarai dlm sbt..
hahahaa amin....

ameer said...

yup2...stuju saja ngn dodo....
bdk degree bru je grad...rse nye la...kje pon tak dapek lagi..ekeke...
tggu sploe taon lagi msok la list tuh...

Akmal Amir said...

rmai gak yg x brp stuju ngan SBT ni... br dgr kat radio td... lg2 bab peruntukan 1juta tu... rmai ckp elok bg skola2 yg lbih memerlukan... klau ko tgk skola2 tu pun... mcm byk duit gak en... haha...

Shafiq Daniel said...

haha..btul gak akmal...mostly sekola tu mmg byk duit...ye ar,dah kaye pun bg duit agi....haha....

hoshizora said...

btol3...
korang sume btol..
x jadi sbt pown x pe...
japgi kuar result spm insyaALLAH gempak kowt...!!amin...
kte bru lg laa...

Unknown said...

RUMUSAN SETAKAT INI:
ye kowrang betul....thanx sebab da menerangkan!erm ok i c....lg 10 thn eh??
erm itupown biler kite2 ni la sok da berjase kpd begara plak...erm btol gak atiq....wat pe nk sangat title sbt tuh...sme jer...tara penting ma!

Syakirah Azami said...

hahahaha ak emo gk bce brite ni
huhhh hanye konspirasi menaekkan blk name2 sek melayu dlu y da luput kegemilangannye!!

tp kan, xprasan ke de antare autonomi y diberi...

Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
Memanjangkan waktu persekolahan.

...y ni skola kte da lame wat p0n. skola kte otai r! hehe

Unknown said...

to syakira:heh betol gak tuh...ciri2 autonomi tuh ade pd integomb, cume tader dpt name sbt jer...

Post a Comment

 
[close]