EDUCAMP 2009

Assalamualaikum Excell9....!!
Ni aku nak share sikit psal pgalaman bbrape bdak Excell9 (tmasuk aku) mase kat Educamp ari tu.....sorry kalo ayat skema skit...ni sbenarnye dlam blog aku...gambar2 dlm ni adelah sumbangan Syafiq dan kamerenyer....

Sekadar ingin berkongsi pengalaman semasa berada di UTP untuk EDUCAMP 2009. EDUCAMP untuk pengambilan pelajar UTP ambilan Januari 2010 telah diadak
an pada 20 dan 21 Disember 2009. Program ini berlangsung di Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. Walaupun agak mendebarkan, saya tetap memberanikan diri untuk hadir di EDUCAMP ini untuk menimba serba sedikit pengalaman.

Hari pertama - Saya tiba di UTP kira-kira pada jam 8 pagi. Ramai peserta telah sampai di sana lebih awal. Saya bergegas mencari kaunter pendaftaran untuk mendaftarkan diri saya. Di sana, saya telah menemui rakan-rakan dari sekolah lama. Saya mendaftarkan diri bersama seorang pelajar dari Sekolah Maahad Kajang dan kami mengambil kunci bilik kami. Saya terus ke bilik dan membawa bagasi bersama-sama. Saya telah berjumpa dengan beberapa orang rakan Integomb iaitu Syafiq dan Ikmal yang berkongsi satu bilik, tidak jauh dari bilik saya. Selepas meletakkan barang, kami pergi ke Kompleks Cancelor untuk sesi taklimat. Kompleks Canselor


Di sinilah, kami diberi gambaran tentang apa yang akan kami hadapi sepanjang berada di EDUCAMP dan perjalanan kami jika menjadi pelajar di UTP. Selepas tamat taklimat, kami dibenarkan berehat untuk makan tengahari dan solat Zohor. Pada petang itu, kami dikehendaki untuk menduduki beberapa ujian. Ujian yang pertama ialah ujian Bahasa Inggeris, atau dikenali sebagai English Placement Test. Walaupun agak sukar, tetapi Alhamdulillah saya dan rakan-rakan Integomb lain dapat menjawabnya dengan baik. Selepas itu, kami menduduki pula ujian Sains dan Matematik. Pada petang itu, saya dan beberapa rakan yang lain, iaitu Syafiq, Ikmal dan Nazrin pergi bersiar-siar di sekitar UTP.

Masjid di UTP

Setelah penat berjalan ditambah pula dengan hujan yang mula turun membasahi bumi, kami terus bergegas pulang ke asrama. Kami bersiap untuk aktiviti pada malam itu. S
ekali lagi, kami ke Kompleks Canselor. Akhirnya, semua pelajar Integomb bertemu dan berkumpul di sini. Kami saling bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita. Kami juga sempat mengambil beberapa gambar sebagai kenang-kenangan.

Di hadapan perpustakaan

Pada malam itu, kami mendengar cerita dan sedikit motivasi daripada seorang bekas penuntut UTP. Pelbagai cerita yang menarik dan bermotivasi menaikkan semangat semua peserta untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai impian mereka. Setelah tamat sesi itu, kami diberi taklimat pula untuk sesi temuduga pada keesokan hari. Senarai nama dan sesi temuduga telah ditampal di dinding Kompleks Canselor. Semua pelajar Integomb telah ditempatkan di sesi pagi, iaitu kumpulan pertama yang akan ditemu duga. Ada antara kami yang ditempatkan dalam kumpulan yang sama. Saya,misalnya, bersama dengan Aishah Najiha dalam kumpulan yang sama. Setelah pulang ke asrama, kami sempat berbual-bual dan membuat persediaan untuk esok hari. Dalam bilik di asrama

Hari kedua - Hari yang dinanti-nanti. Kami bersiap pada awal pagi untuk menghadapi sesi temuduga. Kami ditempatkan dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Untuk kumpulan saya, terdapat dua orang pelajar lelaki, masing-masing dari MCKK dan Semashur serta seorang pelajar perempuan dari SBPI Pekan. Kami diberi 'case study' yang bertajuk Ad Pays. Setiap seorang ahli diberi kad yang mempunyai butir-butir tentang tugasan kami serta beberapa maklumat iaitu pendapat tentang topik itu dari pihak yang berlainan. Saya mendapat kad B dan pendapat tentang pengiklanan dari perspektif perniagaan, iaitu pendapat businessman. Kami diberi masa untuk berfikir dan mencatat poin-poin yang diperlukan untuk sesi temuduga nanti. Setelah tamat masa, kami dibawa ke bilik menunggu. Sementara menunggu giliran, kami sempat berbincang serba sedikit tentang topik itu dan tips-tips menghadapi temuduga (walaupun sepatutnya tidak dibenarkan berbincang, dan kami telah diberikan amaran beberapa kali ). Akhirnya, setelah tamat temuduga, kami boleh menghela nafas kelegaan. Rata-rata pelajar Integomb berjaya menghadapi temuduga itu dengan cemerlang. Kami berkumpul lagi untuk kali terakhir sebelum kami berpisah lagi untuk pulang ke rumah masing-masing.

Wajah-wajah ceria selepas sesi temuduga

Secara keseluruhannya, pengalaman di UTP ini amat menarik dan tidak dapat dilupakan. Terutamanya pelajar-pelajar Integomb ( EXCELL9) yang tetap bersatu walaupun bukan di sekolah sendiri. Sepanjang program ini, kami sentiasa bersama dan menghadapi segalanya bersama-sama. Keputusan kem ini telah pun dikeluarkan. Ada yang menerima, ada juga yang menolak. Walaubagaimanapun, pengalaman sekali seumur hidup ini tidak mungkin dilupakan.....

6 comments:

tirah said...

rndunye excell9..gud job korg..hope sape yg dpt utp tu dpt truskn pjuangan dn strusnye berusaha utk naek kn lg nme integomb di srate dunia..go excell9!!! =)

Wafi said...

HAPPY BIRTHDAY EZAN

Nur Izzati Abdul Rahim said...

salam...
wa....rindunye time kt educamp...
sape2 yg terima twrn tu bittaufiq wannajah la ek...!!!
sape yg nk apply UTP lps result tu, blaja ckp BI btol2...n jgn lupe fizik,chemy,math n +math...nnt die tnye balek...tu jela yg aq bole psn..

soB_rin said...

waa..
best betoi kem tu..rsa nk g lg je..
pe pown betoi ckp ustazh kt ats tu..
blaja bi betoi2, tp dia bkn tgk sngt korg speakng bi tu, yg pnting cara ckp dgn yakin ngn idea yg korg smpaikn tu...yg pnting idea klau bleh len dr yg len(pelik2 tp logik)...ha ha bende yg plig best jd org prtama kna intrview ari tu...msti kna hentam mcm ironman ngn aku, ha ha, pe pown go excell9, we can do it..

nazrinafifi said...

wey,
sesape yg g kem tu
cuba ar check villa a bilik 107 kowt..
aq ada tulis "excell9 wuz here" kat tepi almari meja bacaan
hehe,...

nazrinafifi said...

educamp experience!
assalamualaikum wa salam wahdatul malayzia,

str8 4ward, educamp will be a memorabilia especially 4 integombians who attend da 2-day and 1-night camp @ utp. everybody knows dat da creme de la creme students will be attending da camp from throughout da nation. (er.. sbh n srwk x de kan?)
well, upon arriving at utp, my parents are quite in numb when they saw da bad condition of da dormitories. not so bad 4 me; 6x6 feet dorm, crooked wood wardrobe and sleezy walkways, that's all! however, mention about da masjid, cancellor hall, libraries, landscapes, architectures and food; marvellous beb! haha (terasa menyesal lak x nak bwk dslr nikon, haih!)
on da 1st. day, after registration, participants (PA) had to attend a talk together with parents regarding da issue of petronas and other irrelevant things (i think). bored and quite tiresome! nway, da boring feeling soothed out from me as i reunioned with other integombians. quite surprising to meet again da loved ones, old schoolmates (old eh??!) again.17 all of us. sumthin' to tell, i really loveee da unity among excell9 throughout da camp, really! we walked together, eat, solah and even sleep in 1 bed! (boys' lah!). in da evening, we had a english, sc and maths test. haha, quite easylah the quests! really not challenging! (4 integombs only, i think). den, during da night, we had a motivational talk from an alumni of utp student. boring dowh, da session! i felt like i dun get any input from it! taw2 jer senarai nama pelajar dan group interview dah dibuat dan ditampal kat luar cancellor hall! eisy, cam sial gak ar educamp ni!
camni, interview ada 2 bhgian. 1 is 4 da individual (test soft drinks and core skill) and the other 1 is group discussion. overall, interview session ada 5. surprisingly, all integombs' are grouped in session 'a' which is early 7.30 in da morning da next day! ahaks, mula2 rs cam x adil la bg bdak2 integomb. but, thinking it all over again, we got really great advantage coz the interviewer , 4 sure had interest to wut we're gonna present to them, compared to da other PA (because dey all br bngun pg kan...,ahaks!)
as 4 me, i was grouped together with tan, hazman, iekin und IZzatI. bdak2 integomb len ak x brape ingat da...nway, potentia j tu kasi kt case study dat need to be thoroughly investigated, propose a solution and came out with ur opinion wether u agree or disagree da recommendations given in da case study. ala.. lbh krg cam debate gak ar (stand ur THBT...blablabla). sng citer, all integombians got da case study regarding da issue on advertisement-the relevancy of its implementation in malaysia based on 2 key indicators; influence on childrens and business support. wut am i mumbling??!! tp, itula yg ak habaq kat panel, hehe.
based on my inspection, ceihhh!, agk rata2 yg x bley speaking dlm english sgt ar... bdak skola harian kot.. tp dak2 integomb hebat2 blaka.huhu...
sng citer ar!~ PA educamp ni, dia nyer kemuncak hr interview shj. hr2 sblum tu, ceramah, konon ar fasi utp nilai kita, agak x bermakna ar. useless gak ar.

hehe, till then all that i can spend my time in da mornyte, sleepy~~~.....zzzzz
salam.....

Post a Comment

 
[close]